Thursday, May 7, 2009

Layu


Sesungguhnya 
Tidak ada yang lebih menyayat 
Dari melihat bangsaku dijajah 
Tidak ada yang lebih menyedihkan 
Dari membiarkan bangsaku dihina

Aku lihat layu dalam Melayu 
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak 
Ada juga bercadang bertanya tuan punya 
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak 
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri 
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui 
Yang kita sendiri 
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan 
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu 
Tanah air kita yang punya 
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa 
Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa 
Kita lupa nenek moyang kaya-raya 
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu 
Ku lihat layu dalam Melayu 
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia 
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia 
Kalau kewujudan tidak dirasa 

Petah berbahasa kudrat tak berjasa 
Orang berbudi kita hanya tahu merasa 
Selalu lari bila dirapat 
Selalu malu bila soalan diaju 
Selalu segan memberi pendapat 
Rela mengikut dari meneraju 
Belum nyanyi sudah bersorak 
Suka berjanji dalam borak 
Bukan kata tak ada otak 
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu 
Ku lihat layu dalam Melayu 
Ku lihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu 
Bunga menangis dia mendayu 
Mahu jadi cantik tetapi ragu 
Aku merayu 
Bangunlah semula hidup kembali 
Jangan tunggu matahari mati 
Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai 
Kerana hanya yang cekal dan tabah 
Dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya




credit to malique

Monday, May 4, 2009

watch and weep ~ a very sad video


eventhough this is just a video
but it give 1000 meanings

have a look

watch weep and judge by yourself


the easiest way to handle ur clothes

As a student we always have no time to manage our clothes
sometimes we just hang it or mayb just threw away after we used it
and the only reason is lazy n no times

well i juz found out this video 
perhaps it can helps up


so juz check it out




Trust me..  

 its work...


 



Saturday, May 2, 2009

i love you dad

Selamat Hari Jadi Ayah


                                  Selamat Hari Jadi Ayah



                            


Semalam 1 May 2009 genaplah usia ayah yg ke 45 thn
dan selama 20 thn nie aku da banyak menyusahkan ayah
dari lahir sampai lah kini
x pernah aku ucapkan yg aku sayangkn ayah

tapi dalam hati aku
aku tetap sayangkn ayah
walaupun aku x pernah tunjukkan 
tapi aku amat menyayangi ayah

aku dan ayah selalu berbeda pendapat
bertikam lidah
dan tidak sehaluan
ada kalanya tidak bertegur sapa

pabila ayah cakap A
aku cakap Z
bila ayah sokong nie
aku sokong tue

ada juga aku sehaluan dengan ayah
tapi selama ini ayah x pernah campur tangan dalam keputusan hidup aku

dia bg kebebasan dalam membuat keputusan
dia lgsg tidak campur tangan dalam hidup aku

dia mengajar aku hidup berdikari
walaupun aku sendiri 
tapi dia tetap menyokong aku
tanpa aku sedari

daripada pergaulan, pelajaran semuanya aku aturin sendirian
dan hampir semua barang2 aku beli tanpa meminta duet ayah
cuma tatkala lgsg tiada uit barulah aku minta

aku dapat rasakan keputusan aku berhenti dr menara gading
mengecewakan ayah
dan memang mengejutkan dia
tapi ayah langsung tak halang keputusan aku

ayah mungkin tidak membaca halaman ini
aku amat yakin ayah xkn terbaca cetusan ini
malah seluruh keluarga ku juga tidak akan samapi ke sini

ayah..
walaupun kita selalu tidak sependapat
tidak sehaluan
berbeda pandangan

tapi orang tetap sayangkan ayah
orang tetap hormatkn ayah
dan tidak pernah sesaat orang benci ayah

orang tahu orang cuma cium tangan ayah sekali je setahun
tue pun bila tym raya ja
orang nk sgt cium tgn ayah tapi orang mcm kekok je

orang memang sayangkan ayah
tapi orang x tunjuk
mcm ayah x tunjuk yg ayah sayangkn orang


ayah..
orang janji yg orang akan balas semua jasa2 ayah
dari org dilahirkan hingga org besar mcm sekarang

org xkn lupakan yg ayah azankn org bila org bru lahir
dan org xkn lpekan yg ayah selalu x tdo malam 
bila org lemah semangat dulu


walaupun orang rapat dgn mak
tapi orang tetap sayangkan ayah dgn mak
sama rata x lebih x kurang
sbb dua2 penting dalam hidup orang

orang janji orang akan balas jasa mak ngn ayah
 bukan sekarang
tapi dalam masa yg mendatang


ayah..
orang banyak susahkn ayah
orang banyak terhutang budi kt ayah

ayah
orang mungkin bukan anak yg baik buat ayah
tapi orang cuba untuk menjadi yg terbaik

orang minta maaf untuk segala galanya


Selamat Hari Jadi Yg Ke 45 Ayah

Semoga Panjang Umur dan Sihat sentiasa


Friday, April 24, 2009

Happy Birthday Shafiqah

Happy Birthday Shafiqah

Harini 24.4.2009 genaplah umur adik aku yg last nie berumur 5 thn setelah dilahirkan pada 24.04.2004.

walaupun die nie hanyalah berumur 5 tahun dan masih bersekolah di kindegarten tapi die lebih matang sket dr adik aku yg bersekolah di tahun satu.


apa2pun selamat hari jadi shafiqah...along sayang iqah