Thursday, May 7, 2009

Layu


Sesungguhnya 
Tidak ada yang lebih menyayat 
Dari melihat bangsaku dijajah 
Tidak ada yang lebih menyedihkan 
Dari membiarkan bangsaku dihina

Aku lihat layu dalam Melayu 
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak 
Ada juga bercadang bertanya tuan punya 
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak 
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri 
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui 
Yang kita sendiri 
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan 
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu 
Tanah air kita yang punya 
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa 
Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa 
Kita lupa nenek moyang kaya-raya 
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu 
Ku lihat layu dalam Melayu 
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia 
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia 
Kalau kewujudan tidak dirasa 

Petah berbahasa kudrat tak berjasa 
Orang berbudi kita hanya tahu merasa 
Selalu lari bila dirapat 
Selalu malu bila soalan diaju 
Selalu segan memberi pendapat 
Rela mengikut dari meneraju 
Belum nyanyi sudah bersorak 
Suka berjanji dalam borak 
Bukan kata tak ada otak 
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu 
Ku lihat layu dalam Melayu 
Ku lihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu 
Bunga menangis dia mendayu 
Mahu jadi cantik tetapi ragu 
Aku merayu 
Bangunlah semula hidup kembali 
Jangan tunggu matahari mati 
Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai 
Kerana hanya yang cekal dan tabah 
Dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya




credit to malique

2 comments: